Kitab Al-Quran merupakan kalamullah yang diwahyukan kepada junjungan Muhammad s.a.w yang menjadi panduan dalam kehidupan manusia di dunia. Seharusnya kita menjadikan kitab Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan hukum dan ia merupakan penawar yang paling mujarab.Malahan membaca satu huruf Al-Quran akan mendapat 10 kebajikan malah digandakan sehingga 400 dan 700 kali ganda. Dalam soal ganjaran satu huruf 100 kebajikan, di luar solat 50 kebajikan dan tanpa wuduk 10 kebajikan. Kitab ini dibaca oleh setiap muslim sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah sebanyak 17 kali di dalam ibadat solat lima waktu. Dan ingatlah bahawa sesiapa yang membaca Al-Quran sebagai rutin harian mereka. Maka ia akan mendapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak di samping cahaya yang bersinar di wajah pembacanya. INSYA-ALLAH, mudah-mudahan kita tergolong daripada golongan yang tidak rugi di akhirat kelak.
Berikut merupakan kategori pembaca Al-Quran dalam masa 24 jam :
MUQATARIN (Jutawan) - membaca 300-1000 ayat
FAIZIN (Berjaya) - membaca 200-299 ayat
QANITIN (Setia) - membaca 100-199 ayat
HAFIZIN (Pemelihara) - membaca 50-99 ayat
ZAKIRIN (Ingat) - membaca 10-49 ayat
GHAFILIN (Lalai) - membaca 0-9 ayat
Dalam kehidupan seharian seorang manusia yang bergelar hamba ALLAH tidak pernah terlepas dalam belenggu dosa, sama ada yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Melalui penyucian jiwalah dapat kita menginsafi segala dosa yang dilakukan dan memohon taubat daripada Dia Yang Maha Pengampun. Moga-moga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa taat akan perintahNYA. INSYA-ALLAH.
Sabtu, 26 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Amalan ke Arah Penyucian Jiwa
* Melaksanakan solat secara berjamaah setiap waktu
* Mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha, Tasbih dan lain-lain lagi
* Mengerjakan puasa sunat
* Memperbanyakkan amalan zikir dan doa dalam kehidupan
* Membaca al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari
* Selalu berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
* Sentiasa bertaubat dan beristighfar
* Mengingati kematian dan pendek angan-angan
* Meninggalkan perkara yang haram dan syubhat
* Bertafakur dengan melihat kebesaran Allah s.w.t
* Mengenali penyakit-penyakit hati- dengki, riak, dan ujud
* Mengenali pintu-pintu penyusupan syaitan dan cara-cara untuk menghalang godaannya.
* Menjauhi perbuatan maksiat anggota zahir
* Muhasabah diri secara berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan