*Manusia akan melalui 5 hari dalam kehidupan ini iaitu :
Yaumul Mafqud - Hari telah berlalu
Yaumul Mashud - Hari sekarang
Yaumul Maurud - Hari esok
Yaumul Mau'ud - Hari yang dijanjikan
Yaumul Mamdud - Hari tiada kesudahan (hari kiamat)
*Dua nikmat yang manusia tidak sedar dalam kehidupan ini iaitu nikmat sihat dan kelapangan masa.
*Manusia akan berdiri di padang mahsyar sehingga di soal 4 perkara :
1.Umur ke mana dihabiskan
2.masa muda ke mana dihabiskan
3.harta dari mana punca pendapatannya dan ke mana dibelanjakan
4.ilmu yang dipelajari adakah diamal
*Orang yang cerdik ialah orang yang boleh mengawal dirinya dan beramal untuk faedah selepas mati manakala orang yang bodoh ialah orang yang menurut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah.
Dalam kehidupan seharian seorang manusia yang bergelar hamba ALLAH tidak pernah terlepas dalam belenggu dosa, sama ada yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Melalui penyucian jiwalah dapat kita menginsafi segala dosa yang dilakukan dan memohon taubat daripada Dia Yang Maha Pengampun. Moga-moga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa taat akan perintahNYA. INSYA-ALLAH.
Sabtu, 26 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Amalan ke Arah Penyucian Jiwa
* Melaksanakan solat secara berjamaah setiap waktu
* Mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha, Tasbih dan lain-lain lagi
* Mengerjakan puasa sunat
* Memperbanyakkan amalan zikir dan doa dalam kehidupan
* Membaca al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari
* Selalu berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
* Sentiasa bertaubat dan beristighfar
* Mengingati kematian dan pendek angan-angan
* Meninggalkan perkara yang haram dan syubhat
* Bertafakur dengan melihat kebesaran Allah s.w.t
* Mengenali penyakit-penyakit hati- dengki, riak, dan ujud
* Mengenali pintu-pintu penyusupan syaitan dan cara-cara untuk menghalang godaannya.
* Menjauhi perbuatan maksiat anggota zahir
* Muhasabah diri secara berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan