Sabtu, 26 Disember 2009

RENUNGAN

*Manusia akan melalui 5 hari dalam kehidupan ini iaitu :

Yaumul Mafqud - Hari telah berlalu
Yaumul Mashud - Hari sekarang
Yaumul Maurud - Hari esok
Yaumul Mau'ud - Hari yang dijanjikan
Yaumul Mamdud - Hari tiada kesudahan (hari kiamat)

*Dua nikmat yang manusia tidak sedar dalam kehidupan ini iaitu nikmat sihat dan kelapangan masa.

*Manusia akan berdiri di padang mahsyar sehingga di soal 4 perkara :
1.Umur ke mana dihabiskan
2.masa muda ke mana dihabiskan
3.harta dari mana punca pendapatannya dan ke mana dibelanjakan
4.ilmu yang dipelajari adakah diamal

*Orang yang cerdik ialah orang yang boleh mengawal dirinya dan beramal untuk faedah selepas mati manakala orang yang bodoh ialah orang yang menurut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah.

Tiada Hari Berlalu Tanpa Taradarus Al-Quran

Kitab Al-Quran merupakan kalamullah yang diwahyukan kepada junjungan Muhammad s.a.w yang menjadi panduan dalam kehidupan manusia di dunia. Seharusnya kita menjadikan kitab Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan hukum dan ia merupakan penawar yang paling mujarab.Malahan membaca satu huruf Al-Quran akan mendapat 10 kebajikan malah digandakan sehingga 400 dan 700 kali ganda. Dalam soal ganjaran satu huruf 100 kebajikan, di luar solat 50 kebajikan dan tanpa wuduk 10 kebajikan. Kitab ini dibaca oleh setiap muslim sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah sebanyak 17 kali di dalam ibadat solat lima waktu. Dan ingatlah bahawa sesiapa yang membaca Al-Quran sebagai rutin harian mereka. Maka ia akan mendapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak di samping cahaya yang bersinar di wajah pembacanya. INSYA-ALLAH, mudah-mudahan kita tergolong daripada golongan yang tidak rugi di akhirat kelak.

Berikut merupakan kategori pembaca Al-Quran dalam masa 24 jam :

MUQATARIN (Jutawan) - membaca 300-1000 ayat
FAIZIN (Berjaya) - membaca 200-299 ayat
QANITIN (Setia) - membaca 100-199 ayat
HAFIZIN (Pemelihara) - membaca 50-99 ayat
ZAKIRIN (Ingat) - membaca 10-49 ayat
GHAFILIN (Lalai) - membaca 0-9 ayat

Sabtu, 19 Disember 2009

FADHILAT AYAT KURSI



• Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika sedang berbaring maka, Allah SWT akan mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
• Barang siapa yang membaca ayat Kursi pada akhir setiap solat fardhunya, nescaya dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga solat yang lain.
• Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika dia berada dalam kesempitan maka Allah SWT berkenan dengan memberikan pertolongan kepadanya.
• Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

FADHILAT AYAT KURSI


Amalan ke Arah Penyucian Jiwa

* Melaksanakan solat secara berjamaah setiap waktu
* Mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha, Tasbih dan lain-lain lagi
* Mengerjakan puasa sunat
* Memperbanyakkan amalan zikir dan doa dalam kehidupan
* Membaca al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari
* Selalu berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
* Sentiasa bertaubat dan beristighfar
* Mengingati kematian dan pendek angan-angan
* Meninggalkan perkara yang haram dan syubhat
* Bertafakur dengan melihat kebesaran Allah s.w.t
* Mengenali penyakit-penyakit hati- dengki, riak, dan ujud
* Mengenali pintu-pintu penyusupan syaitan dan cara-cara untuk menghalang godaannya.
* Menjauhi perbuatan maksiat anggota zahir
* Muhasabah diri secara berterusan.