Khamis, 28 Januari 2010

Basahkan Lidahmu Dengan Zikrullah....

Berdoa dan berzikir adalah merupakan satu bentuk ibadat yang berkait rapat dengan kesempurnaan iman dan Islam seseorang. Kita diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berdoa apabila senang dan susah.Melalui doalah kita memohon bantuan dan pertolongan daripadaNya di samping menghidarkan diri daripada segala keburukan dan kecelakaan dalam kehidupan kita yang penuh pancaroba ini.

Berzikirlah. Melalui zikir kita senantiasa mengingati Allag. Melalui zikir kita mengagungkan Allah, tuhan yang telah menciptakan kita dengan penuh rahmat. MenyebutNya sama ada dengan lisan dan hati akan memperoleh keberkatan, kerahmatan, ketenangan, kedamaian, kemuliaan, ketinggian dan yang paling besar ganjarannya ialah kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak.


Berzikirlah dan Berdoalah............

Amalan ke Arah Penyucian Jiwa

* Melaksanakan solat secara berjamaah setiap waktu
* Mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha, Tasbih dan lain-lain lagi
* Mengerjakan puasa sunat
* Memperbanyakkan amalan zikir dan doa dalam kehidupan
* Membaca al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari
* Selalu berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
* Sentiasa bertaubat dan beristighfar
* Mengingati kematian dan pendek angan-angan
* Meninggalkan perkara yang haram dan syubhat
* Bertafakur dengan melihat kebesaran Allah s.w.t
* Mengenali penyakit-penyakit hati- dengki, riak, dan ujud
* Mengenali pintu-pintu penyusupan syaitan dan cara-cara untuk menghalang godaannya.
* Menjauhi perbuatan maksiat anggota zahir
* Muhasabah diri secara berterusan.