Khamis, 11 Februari 2010

Lagu KAWAN ini merupakan lagu tema batch form 4 SBPI Batu Rakit iaitu batch Ulul Albab.So, cubalah hayati lirik lagu ini....

Kawan
bertahun kita bersama,
Bagi semalam baru bersua

Kawan
Di hadapan Oh indahnya
Kita bersama berkelana

Kawan
bertahun kita bersama,
Bagi semalam baru bersua

Kawan
Di hadapan Oh indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri
Impian sendiri
Meskipun jauh
Namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini
Umpama langit yang tidak selalu cerah

Kawan hidup ini
Umpama awan yang tidak selalu putih
ingatlah bintang-bintang di langit
Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah
Pasti akan hilang

Kawan
Jangan biarkan dirimu seperti rama-rama
Jernih dan akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan
Jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Oh.... kawan
Jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat

Oh.... kawan
Jadilah seperti bulan purnama
menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta (3x)

Isnin, 1 Februari 2010

Puisi

Bulan....


Sungguh indah,
Sungguh permai,
rambutku terurai, ditiup angin malam,

Tatkala ku lihat di dada langit,
Ku lihat si bulan memancarkan cahayanya
bak mutiara yang bersinar-sinar
Dihiasi bintang-bintang berkelipan
memenuhi ruang angkasa
…. Alangkahnya indahnya
…..Alangkah tenangnya

Oh bulan,
Tanpa mu malamku suram,
Tanpa mu malamku muram
Tanpa mu malamku kekurangan
Walau kau jauh nun di sana
Namun pancaran cahayamu itu
menerangi seluruh alam

Oh bulan,
Betapa agung,
Betapa hebat,
kuasa Dia yang menciptamu

Namun,
Adakah aku bisa……
Adakah aku bisa melihat kau bersinar lagi esok hari
entahlah….
Hanya Dia Yang Lebih Mengetahui

TEKNIK MENGHAFAZ

1. pilih satu surah yang hendak dihafaz
2. baca surah itu dari awal hingga akhir dan pastikan fasih serta hukum tajwid terjaga
3. Baca muka pertama dari surah yang dipilih sebanyak 5 hingga 10 kali tanpa tersekat
4. Baca ayat pertama sebanyak satu hingga 15 kali atau sehingga dihafaz dengan baik
5. Baca ayat kedua dengan cara yang sama
6. Kemudian, baca dengan cara menghafal ayat pertama dan kedua sebanyak lima kali atau lebih
8. Baca ayat ketiga sebagaiman ayat pertama
9. Ulangi cara yang sama sehingga habis satu muka surat atau sepuluh ayat

Khamis, 28 Januari 2010

Basahkan Lidahmu Dengan Zikrullah....

Berdoa dan berzikir adalah merupakan satu bentuk ibadat yang berkait rapat dengan kesempurnaan iman dan Islam seseorang. Kita diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berdoa apabila senang dan susah.Melalui doalah kita memohon bantuan dan pertolongan daripadaNya di samping menghidarkan diri daripada segala keburukan dan kecelakaan dalam kehidupan kita yang penuh pancaroba ini.

Berzikirlah. Melalui zikir kita senantiasa mengingati Allag. Melalui zikir kita mengagungkan Allah, tuhan yang telah menciptakan kita dengan penuh rahmat. MenyebutNya sama ada dengan lisan dan hati akan memperoleh keberkatan, kerahmatan, ketenangan, kedamaian, kemuliaan, ketinggian dan yang paling besar ganjarannya ialah kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak.


Berzikirlah dan Berdoalah............

Amalan ke Arah Penyucian Jiwa

* Melaksanakan solat secara berjamaah setiap waktu
* Mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha, Tasbih dan lain-lain lagi
* Mengerjakan puasa sunat
* Memperbanyakkan amalan zikir dan doa dalam kehidupan
* Membaca al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari
* Selalu berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
* Sentiasa bertaubat dan beristighfar
* Mengingati kematian dan pendek angan-angan
* Meninggalkan perkara yang haram dan syubhat
* Bertafakur dengan melihat kebesaran Allah s.w.t
* Mengenali penyakit-penyakit hati- dengki, riak, dan ujud
* Mengenali pintu-pintu penyusupan syaitan dan cara-cara untuk menghalang godaannya.
* Menjauhi perbuatan maksiat anggota zahir
* Muhasabah diri secara berterusan.